Skip to main content

Itenari Hatyai 3 Hari 2 Malam Julai 2023

 HATYAI 3 HARI 2 MALAM

Video Link : https://vt.tiktok.com/ZSLH3jMSc/

Itenari  HATYAI 3 HARI 2 MALAM kami seperti berikut:



Hari 1

Hari 2


Hari 3


Kereta : Xpender
Jumlah KM pergi dan balik : 750km
Bajet Petrol Pergi dan balik : Rm200


Hotel Malam 1 : Leevana Hotel Hatyai
Harga : Rm225

Kelebihan :
1. Cafe halal seberang jalan.
2. 7E sebelah hotel.
3. Bilik triple

Keburukan :
1. Jauh dari kawasan Lee Garden
2. Anggaran harga Tuk2 ke Lee Garden : 140 Baht


Hotel Malam 2 : Hatyai Paradise Hotel & Resort
Harga Rm120/bilik

Kelebihan :
1. Ada swimming pool.
2. Ada 7E juga. Cuma jauh sikit kena menapak.

Keburukan :
1. Jauh dari kawasan Lee Garden
2. Anggaran harga Tuk2 ke Lee Garden : 140 Baht


Mata wang Julai 2023


Itenari bergambar :
Singgah buat insurans tepi jalan.
Harga insurans Rm43.
Sim card Thailand Rm25.

Mudah betul masuk ikut pintu Wang Kelian ni.
Semudah walkin.

Singgah Pak Bara.
Jarak dr Wang Kelian ke Pak Bara = 100km
Dari Pak Bara ke Hatyai = Lagi 100km.

Makan di Papaya Mom, Pak Bara.
Sedap betul dia punya popia ni.
Sos dia tu mayonis y belnd sekali dgn kaun ketumbaq (kot).
Biasa ja.

Lunch. Udang bakaq dia seperti hanyir. Sebab bakaq kot.
Kalau goreng mungkin x hanyiaq.

1209 Baht = Rm160.70 . Kah!
Komen : Tidaklah sedap sangat. Dan mahal.

Suami singgah solat Jumaat di masjid tepi jalan.

Ada sudut exercise sementara menunggu Suami selesai solat.

Tiba-tiba kami dipelawa makcik2 di situ untuk makan.
Mereka sepeti ada budaya kenduri untuk ustaz2 solat Jumaat di masjid.

Laksa Siam katanya.
Sedap. Sayang sekali kami sedang kenyang time tu.
Kalau x, boleh sumbat lagi.

Suasana kenduri itu.

Bergambar bersama Makcik2 y sporting.
Sorang ja boleh cakap Melayu. 
Yg lain speaking omputeh kau.

Check in Hotel Malam 1 : Leevana Hotel Hatyai. Harga : Rm225

Cuci mata di Central Festival Hatyai.

Kagum betul. Walau level mall, harga masih jalanan.

Ke ASEAN Night Bazaar pula.
Depan sikit ja dari Central Festival Hatyai tu.

Beli jubah pula.

Summary Hari 1.

Sarapan pagi di Butterfly Cafe.

Breakfast 6 orang dewasa = 1065 Baht/Rm141.56

Check-Out Hotel.

Zoo Songkhla.
Tiket dewasa = 150 Baht/Rm19.94


Tunggu show. 
20 Baht / Rm2.66

Bersama Capibara.

Show Penguins dan Sea Lions pula.
20 Baht / Rm2.66

Last show. Free.

Tiba Klonghae Floating Market.



Check in Hatyai Paradise Hotel & Resort.
Harga : Rm133

BerTuk-Tuk ke Lee Garden.
140 Bhat sehala (Rm18.61)

Esok pagi berTuk-Tuk ke Kim Yong Market pula.
140 Bhat sehala (Rm18.61)

Check-out hotel.

Tiba di Danok.


Isi minyak pakai botol di Danok.

Hasil tangkapan.

Summary Hari Last


Video link : 
 https://vt.tiktok.com/ZSLH3jMSc/

Ya Allah, ampunkan Nurul Syafiqah.
Izinkan beliau masuk syurga.
Ameen













Comments

  1. Waaa..menarik la sis. Thank you for sharing <3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Diari Diet Sebelum Kahwin #48DaysLeft

Tarikh hari ini   : 18-Oct-2015, Sabtu Tarikh nikah     : 4-Dis-2015 Duration left     : 48 Days Current weight : 64.7 kg (156 cm) Target weight.  : 55 kg (-10 kg) Welllsss... Berat x turun pung. Baju pengantin x muat. LOL. Mati lah akuuu Sekian

Melancong Surabaya - Bromo - Tulungagung Oct 2022

 Salam semua. Parking memori di Surabaya 6 hari, 5 malam Detail dan harga seperti di bawah : Total semua 4 dewasa, 1 budak : Rm7,074.50 Peta lawatan kami seperti di bawah : Boleh rujuk video Tiktok/FB di bawah untut tidak membuang masa. Hari 1 : Masjid Nasional Al-Akbar Surabaya : https://www.tiktok.com/@syafieeqaha/video/7169978729194704154 Hari 2 : Gunung Bromo : https://www.tiktok.com/@syafieeqaha/video/7170146058067053851 Hari 3 : Masjid Tiban :   https://www.tiktok.com/@syafieeqaha/video/7170336257405390107   Hotel Kapal Garden by UMM :   https://www.tiktok.com/@syafieeqaha/video/7170950898875763994 Hari 4 :  Flora Wisata Santerra de Laponte :  https://www.facebook.com/100000520095144/videos/pcb.6248904501803491/432827968978589 Museum Angkut :  https://www.facebook.com/100000520095144/videos/pcb.6248904501803491/646850596930149 Hari 5 : Ziarah rakan2 di Tulungagung :  https://www.facebook.com/100000520095144/videos/pcb.6248904501803491/64...

Itenari Hatyai 2 Hari 1 Malam Sept 2023 - KERETAPI

 ITENARI H ATYAI 3 HARI 2 MALAM Rujukan Perjalanan :  https://www.ktmb.com.my/assets/pdf/2023/komuter-utara-18-Feb-23.pdf Tempat lawatan : Kesimpulan : Tuk2 1 hala sekitar Hatyai sepatutnya 100 Bhat sahaja.  Jika lebih 100 Bhat, jangan naik! Kaitod Meena jika pergi tengah hari, sangat lengang.  Sesuai jika tidak mahu beratur panjang-panjang. Ayam goreng dia sedap dan crunchy. Disebakan cuma 1 malam, elakkan bawak barang banyak2 dan berat. Sentiasa minimumkan barang anda untuk survive di Hatyai. Sebab nanti beg anda akan beranak dan semakin berat. Pakai pakaian yang sama untuk pergi dan balik. Disarankan bawa baju kelawar yang ringan untuk tidur. Basuh baju pergi anda pada malam hari untuk pakai balik esok nanti. Pakai pakaian yang selesa untuk cuaca panas. Pakai kasut yang selesa untuk capai 10,000 langkah di sana. Tempat terbaik untuk tukar duit Bhat ialah di Lee Garden. Chabura buka seawal 6 pagi Thailand. Train 7.30 pagi.  Dekat sahaja dgn Train Station. Don'...