Skip to main content

Melancong Bangkok-Kanchanaburi Nov 2023

 Pengalaman Melancong Bangkok November 2023.

Berikut ialah itenari kami selama 5 hari, 4 malam.


Jumlah wang keluar, tidak termasuk flight.


Perjalanan dimulakan sejurus Muhaya habis sekolah pada 12.30 petang.
Abahnya ambil di sekolah dan terus ambil Ibunya di kilang dan menuju ke Airport Penang.
Kak Aini belanja air Tealive pada Khamis minggu lepas.
Hari Selasa baru nak minum (Dibekukan jadi frappe).

Singgah solat Zohor+Asar di Masjid untuk tukar pakaian.
Hari 1 : Tema Jeans biru.
Tahun ke-3 melancong bersama Tiqah Ping.
Sebelum ini Langkawi (2021) dan Surabaya (2022).

65.5

Perjalanan pergi, macam biasalah, sentiasa bersemangat.

Beli kad sim AIS siap2 di Shopee. Murah. Rm18.
Pasang dalam flight.

Selamat mendarat. Perlu naik bas untuk ke banggunan.

Konon nak naik train dari Airport ke Pratunam.
Last2 naik BOLT.
Sini BOLT lebih murah daripada Grab. Lurve.
Hotel : My Hotel Pratunam.

Makan malam di Restoran Usman.
Harga makanan bapak yahudi.
Sepinggan 220 Baht. Tak pasal2 ikat perut.


Hari ke-2. Check-out hotel.

Tema hari ke-2 : Maroon.

Ingatkan Hatyai ja penuh wayar serabut ni.
Rupanya Bangkok pun sama ja.
Mereka sangat perlukan TNB kita. Hurm.

Breakfast berdekatan Hotel.
Sedap mee dia. Harga pun x mahal.

Dia punya meehoon kenyal. Susah nak potong dengan gigi.
Asyik masuk celah2 gigi ja.

Pergi ke Sofitel Sukhumvit untuk sewa kereta daripada Company Europcar.
Beli di Klook Rm266 untuk 2 hari 1 malam.
Add on insuran penuh Rm100.
Total sewa kereta = Rm366

Syarikat ni beroperasi di hotel 5 bintang. Semua lawa2.

One with my girl.

Singgah Cafe Amazon is a must!
Coffe level Starbucks, tapi harga sangat jalanan.
65 Baht unt 1 cawan latte'.

Selepas 4 jam perjalanan dari Bangkok, sampai juga di Erawan Waterfalls.
Tiket masuk RM40 dewasa.
Rm20 Kanak-kanak.
Parking kereta Rm40.
Semua perlu dibeli online di App rasmi kerajaan mereka iaitu QueQ.

Aktiviti ini hanya untuk yang kuat tubuh badan sahaja.
2km nak panjat bukit untuk melihat air terjun sebanyak 7 tingkat.

Gambar di Level 1.

Level 1 pun lawa air terjun dia.

Level 2. 
Lawaaa.


Ini Muhaya di Level 5.

Laki-laki menunaikan kefardhuan.
Bini2 cuti. 

Tak larat nak naik sampai level 7.
Lepas level 5, kami turun balik mandi level 3 sahaja.
Semakin tinggi level, semakin kecil tempat mandinya.

Wajib pakai jaket keselamatan jika hendak mandi.
20 Baht sahaja.

Teringin nak mandi sekali.
Tapi malas nak tukaq baju nanti. Hurmmm.

Air biru. Dalam.
Cukup selesa mandi tenggelam.

Parking buat memori.

Disebakan Tikah Pin kata, kami x kan upload gambaq ni kerana huduh, maka kita buktikan dengan upload terus ha.

Inilah kereta yang kami sewa.
Luas rupanya Almera ni. Selesa.
Cuma kuat minyak sikit.

Chez Bure-Bure Homestay.
Pertama kali check in hotel tanpa staf di lobi.
Semua kena buat sendiri. Call pekerja dia, mintak password untuk ambik kunci.
Hotel dia bersih sangat sangat sangat! (Penekanan : Bersih)


Pergi cari makan di Pasar Malam Kanchanaburi.
Tak dak apa sangat.
Makanan halal pun kurang dan sangat limited.

Lepak di lobi Hotel sehingga 12 malam (1 pagi Malaysia).

Hari ke3
Hari ke-3. Kita nak lihat keretapi lalu di Jambatan Kwai.

Tidak dilupakan kopi Cafe Amazon.

Boleh jalan2 di trek keretapi.

Gigi Muhaya sempat tercabut sebelum datang Thailand.
Tiada gambar ketika keretapi lalu. Ada video sahaja.
Yg berminat nak tonton video itu, tekan link :
Video ringkas Keretapi Kwai Kanchanaburi

Lepas Cafe Amajong lagi ha.
Kali ni try cake.

Singgah Tiger Cave Temple ketika dalam perjalanan pulang ke Bangkok.

Kawasan dia luas dan cantik.
Tapi panas terik nya mak aii.

Geng laki x mau turun. Sebab panas.

Bergambar bersama patung Budha mereka.

Check-in Bangkok City Hotel.

Budak ni puas hati betul dengan bath tub dia.

Jalan2 di kawasan luar Platinum Mall.
Mall besaq mak ai.
Memang syurga untuk orang yang kaki shopping.

Paling menyesal beli sotong ni.
Dengan sejuk dia, x sedap dia, liat dia.
Sekoq 300 Baht koot. Rm40!
Sakit hati hingga ke hari ini.

Platinum Mall ni memang syuga fesyen.
Harga x mahal pun.
Senang cakap, murah-murah.

Bangkok City Hotel.
Kawasan dia ada makanan halal.
Tapi tiada kawasan shopping.
Tidak begitu menggembirakan.

Hari ke-4. Bersedia untuk turun naik feri.
Sebab nak elak jalan jammed, kita guna pengangkutan air.

Selamat mendarat Wat Arun.
Jenuh bergambar di sini.
Kawasan dia x besar sangat.
Yg rajin, boleh pergi tukar baju Thailand.
Sewa dia x pasti berapa RM.

Dia punya orked kat pokok sangat WOW.

Susah nak tanam orked macam ni ha.

Selamat tiba di Icon Siam.

Interior dia lawa2 belaka.
Masuk2 pintu utama, dah sampai kawasan makan.

Pintu pun dah lawa.

Toilet pun lawa haa.

View dari atas Icon Siam.
Dia ada Starbux terbesar di Thailand.

Hangat.

Terjumpa peti ais T20

Main Lego.

Lepas penat meronda, pi makan dulu di Food Court mereka.
Dah macam Floating Market.
Ada buaya panggang.

Ada banyak makanan halal juga.
Pandai2lah pilih.

Moi dan Olaf from Zionist Disney.

Rupa2nya Mall ini baru umur 5 tahun.
Patutlah lain macam canggih dia.

Ke Destinasi terakhir.

Selamat mendarat Asiatique.
Kawasan dia cantik dan teratur.
Tersangkut beli beg ni. Harga 250 Baht kalau x silap. Rm35.

Ferris Wheel dia mahal namatey.
Rm40 dewasa.
Mampu tengok ja la walau teringin.

Dalam perjalanan pulang ke jeti asal.


Beli tiket Feri di Klook pada harga Rm16/seorang.
Berbaloi.

View Icon Siam di waktu malam.

Selepas solat, kami ke Pratunam untuk massage.


Ditakdirkan ada kebakaran di banggunan (Apartment) belakang tempat massage kami.
Penuh bomba polis.
Dikhabarkan ada kematian 1 orang warga emas.

Hari ke-5.
Bagi Muhaya mandi kolam dulu.

Breakfast sedap di kawasan Masjid Darul Aman.


Nasib baik sempat beli baju untuk Muhaya.
Terubat la sikit sebab hampir tak beli apa2 sebagai kenangan di Bangkok.

Suasana pagi di Ratchatewi.

Settle percutian 5 hari, 4 malam kami di Bangkok.
Beli bagasi 80 kg.
Tapi pakai 50kg jer.
Rugi doh 30kg. Hermmm

Buat kenang-kenangan.

Ke Kilang Alang untuk ambik kereta.

Anak dara dan baju beli di Bangkok








































Comments

Popular posts from this blog

Diari Diet Sebelum Kahwin #48DaysLeft

Tarikh hari ini   : 18-Oct-2015, Sabtu Tarikh nikah     : 4-Dis-2015 Duration left     : 48 Days Current weight : 64.7 kg (156 cm) Target weight.  : 55 kg (-10 kg) Welllsss... Berat x turun pung. Baju pengantin x muat. LOL. Mati lah akuuu Sekian

Melancong Surabaya - Bromo - Tulungagung Oct 2022

 Salam semua. Parking memori di Surabaya 6 hari, 5 malam Detail dan harga seperti di bawah : Total semua 4 dewasa, 1 budak : Rm7,074.50 Peta lawatan kami seperti di bawah : Boleh rujuk video Tiktok/FB di bawah untut tidak membuang masa. Hari 1 : Masjid Nasional Al-Akbar Surabaya : https://www.tiktok.com/@syafieeqaha/video/7169978729194704154 Hari 2 : Gunung Bromo : https://www.tiktok.com/@syafieeqaha/video/7170146058067053851 Hari 3 : Masjid Tiban :   https://www.tiktok.com/@syafieeqaha/video/7170336257405390107   Hotel Kapal Garden by UMM :   https://www.tiktok.com/@syafieeqaha/video/7170950898875763994 Hari 4 :  Flora Wisata Santerra de Laponte :  https://www.facebook.com/100000520095144/videos/pcb.6248904501803491/432827968978589 Museum Angkut :  https://www.facebook.com/100000520095144/videos/pcb.6248904501803491/646850596930149 Hari 5 : Ziarah rakan2 di Tulungagung :  https://www.facebook.com/100000520095144/videos/pcb.6248904501803491/64...

Itenari Hatyai 2 Hari 1 Malam Sept 2023 - KERETAPI

 ITENARI H ATYAI 3 HARI 2 MALAM Rujukan Perjalanan :  https://www.ktmb.com.my/assets/pdf/2023/komuter-utara-18-Feb-23.pdf Tempat lawatan : Kesimpulan : Tuk2 1 hala sekitar Hatyai sepatutnya 100 Bhat sahaja.  Jika lebih 100 Bhat, jangan naik! Kaitod Meena jika pergi tengah hari, sangat lengang.  Sesuai jika tidak mahu beratur panjang-panjang. Ayam goreng dia sedap dan crunchy. Disebakan cuma 1 malam, elakkan bawak barang banyak2 dan berat. Sentiasa minimumkan barang anda untuk survive di Hatyai. Sebab nanti beg anda akan beranak dan semakin berat. Pakai pakaian yang sama untuk pergi dan balik. Disarankan bawa baju kelawar yang ringan untuk tidur. Basuh baju pergi anda pada malam hari untuk pakai balik esok nanti. Pakai pakaian yang selesa untuk cuaca panas. Pakai kasut yang selesa untuk capai 10,000 langkah di sana. Tempat terbaik untuk tukar duit Bhat ialah di Lee Garden. Chabura buka seawal 6 pagi Thailand. Train 7.30 pagi.  Dekat sahaja dgn Train Station. Don'...