Skip to main content

Pengalaman Solat Selepas Pembedahan Laparoscopy Buang Cyst / Endometriosis

 Dikongsi pada tarikh : 27/4/21



Salam semua.

Sekadar perkongsian.


Sy tahu sy ada cyst sewaktu keguguran anak tahun 2019.

Sy tanya doc, nak kena buang ke cyst ni?

Dia cakap, cyst sy mungkin akan hilang seiring dgn keguguran anak.

So sy jalani kehidupan mcm biasa, sampai la sy punya period pain setiap bulan semakin teruk.

Jenuh mengelupur atas katil tahan sakit.


Feb 2021, sy jumpak doc Pakar Puan hospital swasta, dan disahkan endometriosis.

Alhamdulillah sy ada medical card , boleh terus pilih tarikh operation.

Doc cakap total cost Rm12k , MC 2 bulan.

Sy inform HR sy, yg sy akan MC 2 bulan.

Habis kena pantun.

Dia tanya, "MC 2 bulan, you buang ovari kah?"

Simpan ja lah sakit hati tu 🙄


Oleh HR 'Cerdik'.

Oleh Bos sendiri pula.


Warded musim covid ni sedih sikit.

Pelawat x dibenarkan masuk.



Husband sy pun cuma mampu hantar sy dekat lobi hospital jer. Bawak lah beg sendiri masuk bilik hospital tu. Jumpak husband balik lepas discharge hospital. Tak dak feel betul warded musim covid ni.

Time operation, doc tengok2 cyst tu melekat dgn usus.

Terpaksa pulak jemput sorang lagi doc pakar bedah am, untuk tarik cyst tu dari usus.

Cost pembedahan dari Rm12k, terus jadi Rm17k. Just wow!

Bill discharge hospital

 


*Solat Baring*

Bagi sy, paling tough nak solat.

Nak solat zohor pertama lepas operation tu, sy mintak bantuan nurse unt wuduk.

Pakai air mineral jer. Nurse pun nampak mcm x biasa handle patient nak solat. Mungkin selama ni ada pelawat/penjaga y tolong pesakit unt solat. Sekarang dah x dak pelawat/penjaga, mereka pula terpaksa tolong.

Dah kita pun terbaring dgn tube kencing bersambung, kita mampu solat baring ja lah .

Nurse cuma tolong sy berwuduk unt solat pertama saya saja (Zohor).

Lepas tu sy survive sendiri, basahkan towel dan berwuduk dgn towel basah tu.

Nak lap kaki tu paling extreme. Menggigil nak rapatkan kaki ke tangan.

Pakai tudung. Tangan dan kaki tutup pakai selimut jer.

 

*Solat Duduk*

Lepas solat zohor esok tu, nurse cabut tiub kencing. Maksudnya kena p tandas kencing sendiri.

Nasib baik tandas tu depan katil jer.

Tapi hampir2 nak pitam jugak lah dalam toilet tu. Letak kaki atas lantai pun dah mcm kena elektrik gigil dia.

Setelah 30 jam terbaring atas katil selepas operation, sy dapat mandi, lega betul.

Jalan bongkok gila2 mcm nenek kebayan,, seriau ke perut.

Asar hari ke-2, sy dah boleh solat duduk.

Buat y wajib jer. Sebab duduk tu pun x boleh lama2. Menggeletar badan.

Sehingga hari saya menulis ini, hari ke -18, sy masih solat duduk.

Sy pernah cuba solat berdiri pada hari ke-15, tak sempat habiskan al-fatihah, sy dah giveup.

Sy baru perasan y saya mungkin nampak dah sihat, boleh berjalan, boleh memasak, tapi sy terlupa y sy x boleh berdiri setempat lama2. 😅

Kalau sy berdiri lama pun, sy mesti kena berpaut apa2 unt support badan saya.


*Solat Berdiri*

Ada beberapa percubaan sebelum saya betul2 yakin unt solat berdiri.

Alhamdulillah saya telah solat berdiri selepas 1 bulan 5 hari. Ramadhan ke-8 tahun 2021.


 

*Kesimpulan*

Sy pernah melahirkan anak sulung dgn cara czer pada tahun 2017. Berdepan dgn situasi y serupa selepas operation buang cyst ni, memang mcm deja-vu bagi saya.

Bezanya, dulu x payah solat sebab beranak.

Cuma kali ni wajib solat.

Sy pernah request nak operate ketika haid, supaya sy x perlu fikir solat ketika haid.

Tapi doc cakap x boleh. Sy x ingat alasan dia.

Sebelum operation, sy study Youtube, Google cara solat ketika sakit.

Alhamdulilah tiada 1 solat pun sy sengaja tinggal atas alasan sakit.

Jika solat sy kali ini berpahala, sy sedekahkan pahala ini kpd ibu bapa sy.

Sy berharap anak2 sy juga kelak berusaha jaga solat mereka.

 

Setiap hari Allah selamatkan kita dari mati,

Tak kan nak tinggal solat lagi?

 

Semoga penulisan ini menjadi pencen kubur sy nanti.

Terima kasih sudi membaca

 

P/S : Selepas pembedahan, tambah pulak dgn bulan puasa, sy telah turun 5 kilo dalam tempoh 2 bulan.

Dari 70kg ke 65kg. Kipidap



Selingan gambaq makanan di Hospital Columbia.


Breakfast pertama selepas operation : Teloq hancoq. Sedap sungguh.
Orang kata lepas operate tak boleh makan teloq. Sy rileks ja makan. Tak gatal pun.
Kalau x allergik teloq, makan lah teloq. 
Kalau memang allergik teloq, jangan la makan teloq.
Teloq tinggi protein. Rugi x makan.





Gigih saya buat kerja sebelum operation dan selepas operation. Conference call dgn customer esok tu pun, sy x miss koot. Boleh pulak boss hantaq wassap y menyakitkan hati.
1 minggu tu almost setiap malam saya menangis mengenangkan nasib.

Comments

Popular posts from this blog

Doa selepas solat. Bahasa Melayu

Mar 30, 2014 Doa selepas solat; Wahai Allah.  Hidupkanlah kami dengan iman.  Matikanlah kami dengan iman.  Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama dengan iman. Wahai Allah. Ampunkanlah ibu kami.  Ampunkanlah ayah kami.  Ampunkanlah adik beradik kami.  Ampunkanlah keturunan kami, nenek moyang kami, rakan-rakan kami, guru-guru kami, jiran-jiran kami dan seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. Wahai Allah. Hidupkanlah kami seperti kehidupan para ulama. Matikanlah kami seperti kematian para syuhada. Masukkanlah kami ke dalam syurga bersama para Nabi alaihissalam tuwassalam. Wahai Allah Kami ada sedikit amalan.  Kami ada sedikit sedekah.  Sedikit amalan sunnah.  Sedikit amalan kebaikan.  Tapi dalam masa yang sama, dalam hati kami penuh dengan riak, takbur, ujub... Janganlah Kau tolak amalan kami wahai Allah.  Terimalah amalan kami semuanya wahai Allah. Wahai Allah Kami solat. Tapi solat...

Apa yang menarik dengan Bagan Serai, Perak?

C oming S oon ... Zambry di Masjid Bagan Serai Pemandangan Pusat Bandar Bagan Serai Masjid Bagan Serai