Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Diari Diet Sebelum Kahwin #64DaysLeft

Tarikh hari ini   : 30-Sept-2015 Tarikh nikah     : 4-Dis-2015 Duration left     : 64 Days Current weight : 64.2 kg (156 cm) Target weight.  : 55 kg (-10 kg) Sinopsis Hari Ini : Alhamdulillah. Berjaya squat lebih 200 kali lagi. Berjaya makan roti sebelum naik bas. Berjaya x makan malam lagi. Ingat senang ke control x makan malam. Banyak dugaan. Cuma sebelum p kerja, pukoi 5 pagi gitu dah makan nasik + ayam seketul. Lunch seketul lagi ayam. Malas sit up 50 kali. Buang 2 bintang dari 5 bintang. Target esok : 1. Minum green tea sebanyak y mungkin. 2. Breakfast popia atau roti. 3. Squat 8 set x 33 kali = 264 kali. 4. Lunch nasik + sup ayam. 5. Makan sebelum balik. 6. Jangan termakan malam. Quote of the day : Tinggi atau rendah adalah 1 anugerah. Kuruih atau gemuk adalah 1 pilihan . Kad kahwin d design oleh Bang Ros. Kawan seSeni USM 2013-2014.

Diari Diet Sebelum Kahwin #65DaysLeft

Tarikh hari ini   : 29-Sept-2015 Tarikh nikah     : 4-Dis-2015 Duration left     : 65 Days Current weight : 64.7 kg (156 cm) Target weight.  : 55 kg (-10 kg) Sinopsis Hari Ini : Well, hari ni berjaya buat squat lebih dari 200 kali. Tapi x tau la berkesan ke x, sebab buat 1 set 33 kali jer. 7 set dapat ler 200 kali. Alhamdulillah breakfast popia 2 ketoi (As planned). Lunch pung ok nasik segenggam, sayoq banyak gila, ikan bilis, bendi. Mungkin 500 kcal gitu. Sebelum naik bas, makan 2 ketol roti. Tak dak la balik rumah nak serbu dapoq. Berjaya control. Moral nya, kena makan sebelum pukul 7 kenyang2, supaya nanti x cari nasik. Ukoq pinggang boleh tahan, 30.4' , 41.5'. Nangis. Target esok : 1. Breakfast popia atau roti. 2. Lunch nasik sgenggam, sayoq hijau, sup ayam gitu. 3. Sebelum balik, makan sampai perut penuh sikit. 4. Squat 200 kali. 5. Sit up 50 kali. Semayang awal waktu. Markah untuk semalam: 🌟🌟🌟...

Diari Diet Sebelum Kahwin #66DaysLeft

Tarikh hari ini   : 28-Sept-2015 Tarikh nikah     : 4-Dis-2015 Duration left     : 66 Days Current weight : 65kg (156 cm) Target weight.  : 55kg (-10kg) Diet Planned: 1. Makan nasik 1 genggam lunch only. 2. Breakfast bawah 200 kcal. 3. No sweet drinking. 4. Makan roti sebelum balik kerja. 5. Tak boleh makan apa2 langsung selepas 8 malam. 6. Lauk-pauk mestilah tiada santan dan kurang berminyak. 7. Minum teh hijau di tempat kerja sebanyak yang mungkin. 8. Minum ayaq lemon apabila berada di rumah. 9. Buat squat 33 kali setiap kali masuk tandas. 10. Joging Sabtu Ahad, 45 minit. #66DaysLeft #28Sept Sinopsis:  Kononnya x nak makan nasik malam ni. Bukak kuali nampak daging masak cabai. Tak nak makan nasik. Ratah daging dgn roti 3 keping. Lepas tu tergoda jugak dgn nasik. Amek 1 suap nasik. Nyesal lagi. Target esok: 1. Breakfast popia 2 ketul (100kcal) atau roti (175kcal). 2. Lunch nasik segenggam lauk masak cabai. 3. Squ...

Fai-Dik belanja makang Secret Recepie

Sep 5, 2015 Meraikan Faizah dan Kak Adik naik pangkat. Maka kita makan besar. Lol