Skip to main content

Dunia Sementara, Akhirat Selamanya

Aug 16, 2015

Pesanan untuk diri sendiri:
Semoga Allah redha dgn penulisan ini.

Bismillah hirrohmanirrohim.

Apa yang kekal? Apa yang sementara?

Semua orang tahu, dunia tidak akan kekal.
Tapi majoritinya kita hidup untuk dunia.
Tak guna kita mampu berkata, "Dunia ini tidak kekal.", tapi kita sendiri masih lengah-lengahkan solat, tonton Melodi, dengar lagu-lagu lagho, bercakap tentang keseronokan shopping dan melancong, bukak aurat, bergosip etc.

Seorang lelaki, kaya orangnya.
Perniagaannya maju hari demi hari.
Keuntungannya sehari, seperti 3 bulan gaji pekebun sekolah.

Tapi, ketika dia sibuk dengan perniagaannya, dia melengah-lengahkan solat.
Sudah tidak lagi memegang al-Quran apatah lagi tadabbur.
Sudah tidak lagi menghargai orang sekeliling. Sudah tidak lagi mendengar majlis-majlis ilmu berdekatan rumahnya.

Ketika berniat mencari ketenangan, dia buka Youtube, dengar lagu-lagu cinta dari Barat.
Ketika sakit, dia mengatakan, "Berapa ribu pun aku tak kisah. Aku mampu bayar."
Wang ringgitnya dihabiskan dengan melunaskan nafsu makan minumnya, melunaskan nafsu keseronokannya, keghairahannya kepada dunia.
Setiap nikmat dunia diperolehnya dipostkan kepada orang awam di Facebook.
Memang sengaja hendak memberitahu kepada dunia,
"Lihatlah. Aku mampu."

Ketika melihat pengemis, dia mendermakan Rm600. Dia pergi ke rumah-rumah anak yatim, diberikan Rm2000 setiap bulan.
Dan dia bermonolog sendirian, "Aku telah bersedekah dengan banyak sekali. Allah pasti akan memberikan rezeki lebih lagi kepada aku."

Malangnya dia masih tidak menjaga solat, tidak menjaga aurat, tidak mencintai ilmu.

Dan dengan rahmat Allah, rezekinya masih melimpah ruah.
Wang simpanannya semakin bertambah. Kakinya semakin jauh melangkah meneroka dunia.
Fikirannya semakin ligat memikirkan bagaimana ingin mempergandakan angka dalam akaunnya.

Dan dia terus menyangka, Allah semakin menyayanginya, seiiring dengan wang ringgitnya yang semakin bertambah.
Dan dia menyangka, Allah tidak kisah dengan solatnya, kerana dia masih belum miskin.
Dan dia menyangka, Allah tidak kisah dengan dengan auratnya yang tidak ditutup sempurna, kerana dia masih boleh menayang gambar-gambar kekayaannya di Facebook.
Dan dia menyangka, Allah tidak kisah dengan kedangkalannya ilmunya, kerana dia masih boleh makan sedap dan tidur lena.
Dan dia terus menyangka, Allah redha dengan gaya hidupnya, kerana sekurang-kurangnya dia masih beramal dengan sedekah.
Dia terus menyangka dan bersangka-sangka.

Masa terus berlalu.
Nikmat dan rezeki yang Allah berikan kepada lelaki ini sangat banyak, tidak berhenti-henti.

Namun dalam hatinya, sudah tiada Allah.

Yang tinggal cuma angka wang, perniagaan, keghairahan, keseronokan, kemewahan.

Dan dia terus menyangka Allah redha dengan hidupnnya, kerana rezekinya semakin bertambah. Tiada kesusahan.

Sedangkan, itulah istidraj.
Sengaja Allah berikan nikmat demi nikmat, rezeki demi rezeki, untuk melalaikan dia lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Solat Selepas Pembedahan Laparoscopy Buang Cyst / Endometriosis

  Dikongsi pada tarikh : 27/4/21 Salam semua. Sekadar perkongsian. Sy tahu sy ada cyst sewaktu keguguran anak tahun 2019. Sy tanya doc, nak kena buang ke cyst ni? Dia cakap, cyst sy mungkin akan hilang seiring dgn keguguran anak. So sy jalani kehidupan mcm biasa, sampai la sy punya period pain setiap bulan semakin teruk. Jenuh mengelupur atas katil tahan sakit. Feb 2021, sy jumpak doc Pakar Puan hospital swasta, dan disahkan endometriosis. Alhamdulillah sy ada medical card , boleh terus pilih tarikh operation. Doc cakap total cost Rm12k , MC 2 bulan. Sy inform HR sy, yg sy akan MC 2 bulan. Habis kena pantun. Dia tanya, "MC 2 bulan, you buang ovari kah?" Simpan ja lah sakit hati tu Oleh HR 'Cerdik'. Oleh Bos sendiri pula. Warded musim covid ni sedih sikit. Pelawat x dibenarkan masuk. Husband sy pun cuma mampu hantar sy dekat lobi hospital jer. Bawak lah beg sendiri masuk bilik hospital tu. Jumpak husband balik lepas discharge hospital. T...

Doa selepas solat. Bahasa Melayu

Mar 30, 2014 Doa selepas solat; Wahai Allah.  Hidupkanlah kami dengan iman.  Matikanlah kami dengan iman.  Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama dengan iman. Wahai Allah. Ampunkanlah ibu kami.  Ampunkanlah ayah kami.  Ampunkanlah adik beradik kami.  Ampunkanlah keturunan kami, nenek moyang kami, rakan-rakan kami, guru-guru kami, jiran-jiran kami dan seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. Wahai Allah. Hidupkanlah kami seperti kehidupan para ulama. Matikanlah kami seperti kematian para syuhada. Masukkanlah kami ke dalam syurga bersama para Nabi alaihissalam tuwassalam. Wahai Allah Kami ada sedikit amalan.  Kami ada sedikit sedekah.  Sedikit amalan sunnah.  Sedikit amalan kebaikan.  Tapi dalam masa yang sama, dalam hati kami penuh dengan riak, takbur, ujub... Janganlah Kau tolak amalan kami wahai Allah.  Terimalah amalan kami semuanya wahai Allah. Wahai Allah Kami solat. Tapi solat...

Apa yang menarik dengan Bagan Serai, Perak?

C oming S oon ... Zambry di Masjid Bagan Serai Pemandangan Pusat Bandar Bagan Serai Masjid Bagan Serai