Skip to main content

Kalau saya mati hari ini Part 1

Assalamualaikum.
Kalau saya mati hari ini, saya akan menyesal yang teramat kerana;

1. Saya sedar Allah telah pun bersumpah Demi Masa. Tapi saya maintain membuang masa dengan

  • banyak tidur, 
  • banyak makan, 
  • banyak mengumpat, 
  • banyak cari masalah orang, 
  • Banyak scroll down Facebook, Instagram, etc
2. Saya tahu Nabi pernah cakap; "Celakalah orang yang hidup bersama-sama ibu bapa nya tetapi tidak berbakti kepada kedua-dua nya."
 Saya akui. Dalam dunia ni, saya lah anak yang paling derhaka. Yang paling jahat. Yang paling tidak pandai berterima kasih. Yang paling mementingkan diri sendiri. Yang paling tidak menghargai pengorbanan mak ayah dan adik beradik. Yang paling suka meminta, tapi paling benci memberi.
Sewaktu saya dengar hadis ni, saya tahu, sayalah yang Rasul Allah maksud kan celaka itu. Saya tak buat apa-apa untuk keluarga saya. Banyak benda yang saya boleh buat, tapi saya sendiri tak cari kekuatan untuk buat. 

3. Saya langsung tidak mengamalkan itqan (buat kerja sungguh). Saya tidak belajar sungguh-sungguh. Belajar kerana nak A pun tak. Apatah lagi belajar kerana Allah. Saya boleh masuk universiti ni pun, betul-betul Allah yang izin kan. Sedangkan saya tak buat apa-apa pun. 
Teringat Ustaz Ebit Lew cakap; "Kat mana pun Allah campak kita, itulah sebaik-baik takdir. Tak dak bende yang berlaku dalam dunia ni secara sia-sia."
Even daun yang ada dalam hutan yang tebal dan gelap tu pun gugur disebabkan izin Allah dan dalam pengetahuan Allah.
Selalu buat kerja main-main. Buat kerja tak sungguh-sungguh. Lepas tu tanya kenapa Islam susah nak membangun di Malaysia. Lepas tu tanya lagi, kenapa orang Cina lagi berjaya daripada orang Melayu. Daaa.... Tepuk dada, tanyalah iman kan. Nak ubah dunia, tapi tak nak ubah diri sendiri. Humph!

4. Kalo saya mati hari ini;
  •  Berapa orang yang saya berjaya Islam kan? Non. Ini lah pencen kubur yang saya kira paling banyak akan bantu kita kelak. Royalti kubur. Pahala masuk tanpa henti. Islam kan sorang kafir. Dan dia berkahwin. Dapat anak-anak dan cucu cicit piut etc.. Banyak giler kot pahalanya. Ini lah MLM paling berjaya di akhirat. $$$$
  • Berapa orang yang saya berjaya ajak amal ma'ruf , nahi mungkar? Dari yang jenis tinggal semayang, boleh semayang at least 1 waktu sehari? Ada tak yang jenis kapel2 uh, saya usahakan diorang kawen instead of marah2 'kapel itu haram" ?  Ada tak yang dulu bukak aurat, tapi sekarang dah tutup aurat? Kita sendiri pung aurat ntah apa-apa. All is non kot.
  • Ok lah. Kalo saya tak berjaya Islam kan orang, saya tak berjaya ajak orang jadi baik; SAYA NI BAIK KE TAK SEBENAR NYA? Duk ajak orang buat kebaikan sangat kan? Saya ni orang yang memberatkan solat tak? Saya jaga tak solat malam saya? Saya jaga iman saya tak. Saya ni dah boleh berhenti mengumpat tak. Saya dah boleh berhenti beli tudung, baju baru tak.
    Apa ni. Dah la tak berjaya Islam kan orang. Tak berjaya ajak orang jadi baik. DIRI SENDIRI PUNG TAK BAIK? Daaa.... You wish to change the world when you cant even change yourself? Booooo,,,,,,,,,,

5. Saya juga akan berasa menyesal selepas mati kerana sangat kedekut di dunia. Apabila orang mintak sedekah, saya akan cari duit yang paling kecik. Al-maklum lah, orang 'kaya' banyak duit kecik. Duit besaq2 nak simpan lah kata kan. 
Teringat Rasul Allah SAW pernah cakap; "Segala yang disedekah kan itu lah harta kita. Yang kita simpan ni bukan lah kita punya." (Ayat yang sebenar lebih sodap. Saya tulis point2 yang saya ingat sahaja). 
Itu lah. Dah mati baru rasa nyesal sebab kt dunia kedekut. 

Allah... 
Berikan lah kami hati yang mudah menangis untuk ummat ini. 
Berikanlah kami hati yang mudah nampak kebaikan orang lain.
Berikanlah kami hati yang mudah menyayangi dan mempercayai orang lain.
Berikanlah kami hati yang mudah menerima teguran orang lain.
Berikan lah kami hati yang penuh dengan sifat syukur, redha dan sabar.
Berikanlah kami hati yang bersih seperti hati-hati para ulamak.

Bantulah kami untuk sentiasa mengingati mu. Bantulah kami. Bantu lah kami, Allah ,,,

-Saya yang berdosa; Perindu RasulAllah.














Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Solat Selepas Pembedahan Laparoscopy Buang Cyst / Endometriosis

  Dikongsi pada tarikh : 27/4/21 Salam semua. Sekadar perkongsian. Sy tahu sy ada cyst sewaktu keguguran anak tahun 2019. Sy tanya doc, nak kena buang ke cyst ni? Dia cakap, cyst sy mungkin akan hilang seiring dgn keguguran anak. So sy jalani kehidupan mcm biasa, sampai la sy punya period pain setiap bulan semakin teruk. Jenuh mengelupur atas katil tahan sakit. Feb 2021, sy jumpak doc Pakar Puan hospital swasta, dan disahkan endometriosis. Alhamdulillah sy ada medical card , boleh terus pilih tarikh operation. Doc cakap total cost Rm12k , MC 2 bulan. Sy inform HR sy, yg sy akan MC 2 bulan. Habis kena pantun. Dia tanya, "MC 2 bulan, you buang ovari kah?" Simpan ja lah sakit hati tu Oleh HR 'Cerdik'. Oleh Bos sendiri pula. Warded musim covid ni sedih sikit. Pelawat x dibenarkan masuk. Husband sy pun cuma mampu hantar sy dekat lobi hospital jer. Bawak lah beg sendiri masuk bilik hospital tu. Jumpak husband balik lepas discharge hospital. T...

Doa selepas solat. Bahasa Melayu

Mar 30, 2014 Doa selepas solat; Wahai Allah.  Hidupkanlah kami dengan iman.  Matikanlah kami dengan iman.  Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama dengan iman. Wahai Allah. Ampunkanlah ibu kami.  Ampunkanlah ayah kami.  Ampunkanlah adik beradik kami.  Ampunkanlah keturunan kami, nenek moyang kami, rakan-rakan kami, guru-guru kami, jiran-jiran kami dan seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. Wahai Allah. Hidupkanlah kami seperti kehidupan para ulama. Matikanlah kami seperti kematian para syuhada. Masukkanlah kami ke dalam syurga bersama para Nabi alaihissalam tuwassalam. Wahai Allah Kami ada sedikit amalan.  Kami ada sedikit sedekah.  Sedikit amalan sunnah.  Sedikit amalan kebaikan.  Tapi dalam masa yang sama, dalam hati kami penuh dengan riak, takbur, ujub... Janganlah Kau tolak amalan kami wahai Allah.  Terimalah amalan kami semuanya wahai Allah. Wahai Allah Kami solat. Tapi solat...

Apa yang menarik dengan Bagan Serai, Perak?

C oming S oon ... Zambry di Masjid Bagan Serai Pemandangan Pusat Bandar Bagan Serai Masjid Bagan Serai